Gaya Rambut Mohawk Gyan Langgar Etika
Asamoah Gyan. – Foto www.telegraph.co.uk
ABU DHABI: Asamoah Gyan menjadi pemain terbaharu didapati bersalah kerana melanggar garis panduan ‘rambut tidak beretika’ yang diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Penyerang berusia 31 tahun itu, yang kini dipinjamkan ke Al-Ahli dari pasukan Liga Super China Shanghai SIPG, baru kembali beraksi di Piala Negara-Negara Afrika di Gabon bersama Ghana.
Gyan, yang membuat potongan rambut ala mohawk dan cukur sisi kepala berserta ukiran, muncul antara 46 pemain ‘ditangkap’ kerana melanggar garis panduan itu.
Gaya rambut yang digelar sebagai ‘Qaza’ itu dilarang sama sekali oleh ajaran Islam, termasuk ala mohawks.
Bimbang sekiranya ia menjadi ikutan kanak-kanak yang menonton bola sepak, UAE mula memperkenalkan peraturan terbabit dan mengawasi trend itu dengan ketat.
Namun, ia masih mencetuskan kekeliruan kerana kaedah sebenar peraturan potongan rambut itu tidak disampaikan dengan jelas.
Bagaimanapun, pengadil mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan sama ada potongan rambut pemain itu boleh diterima atau tidak sewaktu perlawanan.
Bintang Al-Ain, Omar Abdulrahman diberitahu dia dikecualikan daripada peraturan itu atas alasan yang tidak kukuh.
Berbanding pemain Al-Wahda, Suhail Al-Mansoori yang memiliki gaya rambut yang sama tetapi dipaksa memotong rambutnya berdasarkan undang-undang yang diperkenalkan bola sepak UAE itu. – Agensi
Sumber : ☕ Siakapkeli
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)






Post a Comment