Hi! Welcome Back and Stay Tune! Geng Pecah Rumah & Curi Kenderaan Di Alor Setar Tumpas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Geng Pecah Rumah & Curi Kenderaan Di Alor Setar Tumpas

ALOR SETAR – Polis Daerah Kota Setar percaya dapat melumpuhkan sindiket pecah rumah dan curi kenderaan,’Geng Anggerik’, selepas tertangkapnya seorang suspek di Lorong Peremba di sini pada 5 Feb lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata lelaki warga tempatan berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan ke atas sebuah hotel yang dipercayai sebagai markas operasi sindket terbabit sekitar pukul 4 petang.

“Soal siasat ke atas suspek itu membawa kepada penangkapan lima lagi suspek berummur 23 hingga 39 tahun di sekitar bandar raya ini dan merampas beberapa buah motosikal, rangka motosikal dan dua buah kenderaan yang melibatkan nilai kerugian lebih RM100,000,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Katanya polis kini masih memburu dua lagi suspek berumur 30-an yang juga ahli kumpulan itu.

Mohd Rozi berkata modus operandi yang digunakan ialah dengan memecah masuk rumah penduduk di taman perumahan menggunakan pemotong besi sebelum melarikan kereta dan motosikal untuk dijual komponennya.

“Sindiket melakukan kegiatan jenayah ini sejak enam bulan lalu dan bersistem. Mereka mempunyai bidang tugas masing-masing, ada yang tugasnya mencari pembeli, melakukan rondaan, memecah masuk rumah dan melarikan kenderaan, katanya.

Katanya kumpulan itu juga menjadikan hotel-hotel murah untuk dijadikan markas operasi.

Beliau berkata kenderaan yang dicuri akan dibawa ke satu lokasi sebelum diambil pihak lain untuk dijual kepada pembeli yang kebanyakan menempah dahulu kenderaan yang diinginkan.

“Ujian air kencing terhadap keenam-enam suspek juga mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Semua suspek direman sehingga 19 Feb. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.