Anak Buat Perangai, Sepahkan Mainan, Juga Bergaduh Dengan Adik-Beradik, 9 Alternatif Ini Boleh Dipraktikkan Ibu Bapa Dalam Mendisiplinkan Mereka
Dalam pada masa yang sama, ibu bapa boleh juga menerapkan disiplin dalam diri mereka, setiap kali mereka melakukan perkara yang tidak diingini, untuk memastikan anak tidak lagi buat perangai pada masa akan datang.
Terdapat pelbagai cara yang ibu bapa boleh lakukan dalam mendisiplinkan anak, dan penglibatan kedua-dua belah pihak, anak dan ibu bapa amat perlu dalam proses ini, ianya berdasarkan perkongsian dari saudari Norleen Mohid yang mana ibu bapa perlu tegas dalam mendidik anak supaya lebih disiplin.
Mari kita ikuti perkongsian darinya, akan apa yang boleh dilakukan kepada anak-anak yang buat perangai ini.
Ini sebahagian perkongsian dari bengkel Nurturing Parenting yang saya hadiri. Saya bukan pakar dalam bab keibubapaan, masih merangkak, ada masa tergolek, tersembam juga.
Alternatif mendisiplinkan anak anak:
1. Tarik balik ‘privilege’ ( keistimewaan)
a. Untuk sementara (tempoh yang munasabah dan beri kesan makan dalam pada anak)
b. Contoh: Jika anak diberi keistimewaan untuk bermain PS4 pada Sabtu dan Ahad, keistimewaan ini ditarik balik selama 2 minggu atau lebih.
c. Ibu ayah kena tegas dan hati kering; tak termakan dek pujuk rayu, pemberontakan kecil kecilan anak.
d. Tips untuk tidak cair dengan pandangan anak; elak pandang tepat ke mata mereka. Tumpu ke bahagian antara mata, hidung atau dahi anak.
2. Alih perhatian anak
Ubah fokus anak kepada perkara atau subjek lain. Taktik ini sering digunakan apabila berkaitan dengan keselamatan, atau anak mahu tunjuk bakat lukis mural di dinding dengan gincu merah menyala.
3. Fokus kepada kelakuan baik anak
Tunjuk yang kita betul-betul suka, bila anak buat baik. Puji sungguh sungguh kelakuan baiknya. Bukan sekadar memuji “Good girl/ Good boy!”. Itu kurang menangkap. Lama lama nanti anak bosan dan mula buat pe’el (perangai), mahu tengok reaksi sebenar kita.
4. Tulis karangan/esei
Suruh anak tulis karangan (1 halaman cukup, beri 1 helai kertas saja), tetapkan masa. Dia perlu nyatakan sebab dia buat pe’el dan mohon maaf. Ini hanya sesuai untuk anak yang sudah pandai menulis ayat. Usah beri 1 buku latihan, lagi lagi kalau anak memang berbakat menulis. Habis dia buat novel nanti.
5. Grounding
6. Restitution – Betulkan kesilapan
Restitution: Nabil perlu minta maaf dari abangnya, gosok gosok sikit tempat yang disiku dan pastikan tiada kecederaan serius.
Ada anak anak yang ambil ringan dan buat secara bergurau, atau buat macam macam aksi lawak.
Sila ketap bibir tahan gelak walau rasa nak terkencing tahap gaban. Tunjuk pada anak, kita serius. Ini didikan bagi dia bertanggungjawab atas setiap kelakuannya.
7. Ignoring – Abaikan
Anak anak sukakan perhatian ibu ayah. Salah satu taktik mereka, buat pe’el. Selagi apa yang dibuat tu tidak membahayakan keselamatan anak dan orang lain, sila abaikan.
Namun, andai anak sudah sengih-sengih mahu conteng dinding, cepat-cepat alih perhatiannya. Usah sengih balik. Segala cubaan yang boleh merosakkan harta benda, wajar ditegah.
8. Parental disappointment – Beritahu kita tidak suka dengan kelakuannya
Berterus terang dengan anak, gunakan bahasa yang jelas dan mudah mereka faham. Perlu tekankan, kita bukan tidak suka pada anak, tapi pada perbuatannya yang kurang baik.
Jika berlaku lagi, ibu ayah mungkin boleh pertimbangkan untuk menarik balik keistimewaan anak, atau beri mereka Time Out.
9. Time Out – Asingkan anak dari orang lain
Time Out perlu di tempat yang selamat, cukup pencahayaan, dan boleh dilihat dengan jelas. Bukannya di dalam almari, stor, bilik bertutup atau bilik bawah tanah.
Anak di bawah usia 2 tahun, tidak boleh diberi Time Out.
Selepas sesi Time Out, ibu ayah perlu duduk berbincang dengan anak tentang kelakuannya yang kurang baik.
Ilmu ini saya kongsi dengan semua moga ada yang dapat manfaat sama.
Perkongsian dari bengkel Nurturing Parenting, Bowwest Community Resource Centre, Calgary, Alberta, Canada.
– Siakap Keli
Sumber : ☕ Siakapkeli
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)
Post a Comment