TPM Zahid Sahkan Kim Chol Dan Kim Jong Nam Ialah Orang Yang Sama
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan lelaki warga Korea Utara yang dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) Isnin lalu adalah Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-un.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, pengesahan itu dibuat berdasarkan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan Kedutaan Korea Utara.
“Ya betul (dia adalah Kim Jong Nam). Pertama adalah (pengesahan) berdasarkan pasport yang kami bandingkan dengan dokumen yang dikeluarkan Kedutaan Korea Utara, dan (dokumen) pengenalan diri yang dikeluarkan kedutaan itu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat Bersama Wakil Industri Berkenaan Pekerja Asing di pejabatnya di Putrajaya.
Bagaimanapun katanya, keputusan DNA masih belum diperolehi dan perkara itu diserahkan kepada pihak hospital dan polis.
“Mengenai DNA (lelaki itu) saya serahkan pada pihak hospital dan polis untuk membuat pengesahan secara rasmi,” jelasnya.
Semalam, polis mengenal pasti lelaki Korea Utara yang cuba mendapatkan bantuan perubatan awal di kaunter khidmat pelanggan di KLIA2 itu sebagai Kim Chol.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata identiti lelaki berusia 46 tahun itu yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dikenal pasti berdasarkan dokumen perjalanannya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Sumber : ☕ Berita Isu Panas
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)
Post a Comment