Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Wahai Bos Google…" -Budak 7 Tahun Tulis Surat Kepada Google Untuk Minta Kerja, Terima Surat Balas Dari CEO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Wahai Bos Google…" -Budak 7 Tahun Tulis Surat Kepada Google Untuk Minta Kerja, Terima Surat Balas Dari CEO

Seorang ‘usahawan’ berusia tujuh tahun menulis surat kepada Google untuk meminta kerja dan surat tersebut mendapat perhatian dari CEO, Sundar Pichai yang membalas semula surat berkenaan.

Selepas berbincang mengenai kerja bapanya, Chole Bridgewater mengambil keputusan bahawa dia akan bekerja dengan Google dan menulis satu surat yang bermula dengan ayat “wahai bos Google..”.

Menerusi surat terbabit Chloe menjelaskan dia mahu bekerja di Google kerana boleh berehat di bean bags, menggelongsor dan bermain lumba go-cart serta mempunyai impian untuk berenang di Olimpik.

Selain itu dia juga turut mempromosikan dirinya dengan berkata dia seorang yang sangat bagus di dalam kelas dan guru selalu memujinya di hadapan ibu bapa.

Tambah Chloe lagi, dia menulis surat itu selepas bapa menyuruhnya membuat ‘permohonan’ kepada Google jika betul-betul mahu bekerja di situ.

Tidak disangka-sangka, surat Chloe itu sampai ke tangan CEO Google dan menerima maklum balas dari lelaki berkenaan.

“Kami sangat terkejut, namun saya tak fikir Chloe akan faham tahap maklum balas yang diterimanya itu” kata bapa Chloe, Andy, yang bekerja sebagai pengurus jualan di Hereford.

Di surat maklum balas, Sundar Pichai menulis:

“Terima kasih kerana surat kamu. Saya sangat gembira kamu suka komputer dan robot serta berharap kamu akan terus belajar tentang teknologi.

“Saya fikir, jika kamu bekerja keras dan mengikut impian, kamu akan dapat mencapai semua yang kamu mahukan – dari bekerja di Google mahupun berenang di Olimpik.

“Saya akan tunggu untuk menerima permohonan kerja kamu apabila habis belajar nanti! :),” tulis Sundar.





Sumber : ☕ Siakapkeli

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.