'Sumpah Tak Buat Apa-apa, Saya Cuma Nak Teman Dia Tidur Sebab Sering Diganggu Saka Arwah Ibunya'
KUALA TERENGGANU – Seorang duda dicekup berkhalwat di rumah sewa pasangannya di Bukit Kecil, selepas diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama tiga anggota polis, jam 3.20 pagi, hari ini.
Sumpah kami tak buat apa-apa. Saya cuma nak teman dia tidur sebab sering diganggu saka arwah ibunya…
Pada 14 Februari lalu, seorang lelaki berstatus suami orang juga ditangkap berkhalwat dengan seorang wanita muda di rumah sewanya di Taman Sri Kolam, jam 1.30 pagi, lapor Harian Metro.
Wanita berusia 23 tahun itu tanpa segan silu mengaku pada penguat kuasa JHEAT bahawa mereka hanya melakukan ‘aksi ringan’ sahaja.
Serbuan dilakukan JHEAT selepas menerima maklumat dari penduduk setempat yang curig dengan kelakuan pasnagan yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
Siasatan mendapati, lelaki berusia 29 tahun itu menyewa berseorangan di rumah itu, memandangkan isterinya menetap di Kelantan.
Wanita yang masih bujang itu pada awalnya memaklumkan datang ke rumah sewa lelaki terbabit untuk berbincang mengenai urusan kerja. Namun selepas berbincang, mereka berdua menonton cerita di laptop dan mengaku hanya melakukan aksi ringan seperti berpeluk dan cium.
Pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut kerana berkhalwat. – The Reporter
Sumber : ☕ Siakapkeli
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)
Post a Comment