Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahfuz Kata Nik Amar `Gedebe’ Kelantan! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahfuz Kata Nik Amar `Gedebe’ Kelantan!

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (Nik Amar) sebagai `gedebe’.

Kata beliau, Nik Amar yang juga Naib Presiden PAS `gedebe’ atau bermaksud samseng dalam dialek Kelantan kerana memintanya keluar daripada PAS.

Apa khabar Nik Amar? Halau saya keluar PAS tak pa. Jangan terlajak halau Orang Asli keluar dari Kelantan.

Kenyataan beliau menghalau saya keluar daripada PAS amat mengejutkan kerana ia memperlihatkan watak ‘gedebe’ beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz sebelum ini membidas partinya sendiri kerana enggan menerima pelawaan kerjasama oleh Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Berikutan itu, Nik Amar meminta Mahfuz supaya keluar daripada PAS dan menyertai Pakatan Harapan.

Mahfuz merupakan satu-satunya pemimpin PAS tetapi pro-DAP dan Pakatan Harapan yang masih kekal dalam parti itu.

Beliau dipercayai menyebut tentang Orang Asli bagi menyindir kerajaan PAS Kelantan berhubung isu Orang Asli di negeri tersebut.

PAS smenolak pelawaan kerjasama oleh PPBM kerana PPBM merupakan sekutu Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mahfuz seterusnya memberi amaran kepada PAS bahawa persepsi rakyat terhadap PAS andai memerintah negara suatu hari nanti adalah PAS tidak boleh ditegur dan dikritik.

Ramai ahli, penyokong dan pengundi PAS yang tidak senang dengan pendekatan politik PAS,” dakwanya. -MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.