Hi! Welcome Back and Stay Tune! Miliki 9 orang anak, lelaki ini kongsi tips ayah ramai anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Miliki 9 orang anak, lelaki ini kongsi tips ayah ramai anak

Anak saya sembilan orang. Tujuh darinya sudah bersekolah. Saya tinggal dikampung. Saya dan isteri menguruskan anak-anak kami sendiri. Isteri Zawiyah Saimin berulang alik lebih 10 kali ke sekolah setiap hari.

#TipAyahRamaiAnak

1. Kami pernah tinggal di luar negara. Di Jepun pendidikan awal mereka banyak menumpukan pembinaan akhlak anak-anak dengan orang tua dan masyarakat.

Pembelajaran anak-anak di sekolah lebih menumpukan menjuarai dan membentuk akhlak anak kecil ini. Sebagai contoh, mereka akan bawa anak-anak ini kutip sampah di bandar beramai-ramai. Secara tak langsung pembentukan keperibadian mereka hidup beretika.

Kita juga orang melayu lama ada ciri-ciri itu. Ajarkan anak hormat orang tua. Contohnya anak-anak kecil jangan menyampuk cakap bila tetamu datang ke rumah.

2. Diawal persekolahan, berikan kebebasan anak-anak ini menikmati zaman kanak-kanaknya seperti kita dulu. Saya tidak mementingkan kecemerlangan anak-anak saya pada permulaan persekolahan rendah mereka. Ikut flow mereka. Tidak ada konsep gagal. Perkara yang lebih penting adalah pembentukan jati diri mereka.

3. Kami tidak punya orang gaji walaupun sukar. Kami membesarkan anak-anak kami mengikut acuan kami sendiri. Kami juga tak hantar anak kami ke sekolah asrama penuh. Kepada ibu bapa yang punya masa dan tidak berkerja, usahalah untuk membesarkan anak-anak kita di depan mata kita sendiri. Kita punya peluang membentuk mereka dari memberi orang lain membentuk mereka.

4. Sekolah di Jepun, sebelum masuk ke kelas anak-anak perlu membersihkan kelas mereka sendiri bersama guru-guru mereka. Membuatkan hidup mereka bersederhana.

5. Ingat saya dulu masa dijepun, pengalaman saya melihat murid sekolah membawa bekal dari rumah mereka untuk makan dan membawa berus gigi ke sekolah. Selepas makan mereka berus gigi. Displin kebersihan diri dibentuk dari kecil.

6. Dirumah saya adakan syarat dan peraturan

Tak boleh tengok TV di masa-masa tertentu. Anak-anak punya tugasan mereka masing-masing seperti melipat baju, mengosok baju, membersihkan tandas dan lain-lain dengan digilirkan. Banyak lagi syarat yang tidak bertulis.

Etika penting dalam kehidupan. Saya berpeluang berkerja diluar negara. Kadang-kadang kami merokok bersama tetapi abuk rokok dan puntungnya mereka tidak buang merata-rata. Walaupun mereka hanya pekerja bawahan. Di Jepun ada beberapa tempat larangan menggunakan phone seperti di restoran atau di dalam tren.

7. Saya pernah tinggal di luar negara 6 tahun. Keretapi mereka sampai tepat pada masanya dalam kiraan saat. Tidak tercepat dan tidak terlambat. Bagaimana displin mereka terlalu tinggi dan etika kerja mereka terlalu tepat. Semuanya mereka bentuk dari sistem persekolahan dan sistem keluarga.

Ambillah yang baik dan tinggalkan yang buruk. Kita mahu anak-anak kita hidup dengan lebih bertamadun. Kita sepatutnya lebih berpeluang kerana kita ada islam.

Sebagai ibu bapa kita boleh buat beberapa peraturan dan etika untuk anak-anak kita dalam perkara yang kecil-kecil.

8. Konsep Problem Base Leaning

Peraturan semasa makan. Habiskan apa yang ada dalam pinggan. Jika buffer ambil apa yang hendak dimakan sahaja dan jangan membazir.

Sekadar berkongsi apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lBZf0u

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.