Hi! Welcome Back and Stay Tune! Miti Harap Eksport F&B Ke Arab Saudi Capai Pertumbuhan 2 Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Miti Harap Eksport F&B Ke Arab Saudi Capai Pertumbuhan 2 Negara

Spread the love

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mahu usahawan Malaysia mengambil peluang menyertai indusri makanan dan minuman (F&B) Arab Saudi sekali gus berharap eksport kategori itu ke negara tersebut mencapai pertumbuhan dua angka.

Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, eksport F&B Malaysia ke Arab Saudi hanya 10 peratus daripada eksport keseluruhan ke negara itu, bernilai RM3 bilion pada tahun lepas.

Beliau berkata potensi di Arab Saudi perlu diteroka memandangkan banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia terlibat dalam F&B.

“Dengan penambahan kemudahan di Makkah, Arab Saudi mungkin membenarkan lebih ramai individu menunaikan ibadah umrah dan haji.

“Potensi itu sangat besar, eksport F&B Malaysia perlu berkembang sebanyak dua angka daripada kira-kira RM300 juta, yang mana merupakan asas yang rendah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran ‘Upward Migration and Acceleration Programme’ (program i-SMART) SME Bank di sini, hari ini.

Mustapa juga mahu semua pihak berkaitan PKS dan syarikat permulaan menyepadukan usaha mereka supaya mampu bergerak ke peringkat lebih tinggi.

“PKS Malaysia adalah dinamik, namun dalam keadaan persekitaran ekonomi antarabangsa tidak menentu, diharapkan inilah masanya untuk mengkaji semula Pelan Induk PKS…berkaitan sasaran khusus, seperti sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, pekerjaan dan pencapaian eksport,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, bank itu akan mengenal pasti usahawan yang layak untuk dibimbing menerusi program i-SMART.

Miti memperuntukkan RM60 juta untuk program i-SMART melalui SME Bank yang berperanan sebagai agensi pelaksana.

Program itu menganjakkan tahap perniagaan usahawan PKS terpilih ke peringkat global.

Berasaskan Skim Anjakan Usahawan (SAU), i-SMART juga berhasrat menghasilkan usahawan PKS yang mampu bersaing di persada antarabangsa melalui program yang menekankan pengurusan kewangan yang efektif, pembangunan kapasiti, pemasaran strategik, bantuan pemudah cara dan lain-lain daripada SME Bank.

“Antara kriteria utama bagi pemilihan usahawan ialah rekod pencapaian perniagaan mereka perlu menunjukkan keuntungan bagi tiga tahun berturut-turut, pertumbuhan jualan berterusan, perniagaan patuh syariah, milik bumiputera sekurang-kurangnya 51 peratus, dan mencapai paras minimun skor penarafan risiko ditetapkan Perbadanan PKS Malaysia,” katanya.

Beliau berkata dana bernilai RM60 juta itu akan diagihkan dalam tempoh tiga tahun, bergantung kepada keperluan perniagaan syarikat.

Sebanyak tujuh usahawan dipilih untuk menyertai program i-SMART pada peringkat awal. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lRiBkM

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.