Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buli: Polis buru 2 pelajar tingkatan 3 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buli: Polis buru 2 pelajar tingkatan 3

PETALING JAYA – Susulan kes buli si SMK Bandar Sri Damansara 2 semalam, polis kini sedang memburu dua suspek yang terlibat bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro. 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan sekolah tersebut yang memaklumkan seorang pelajarnya cedera akibat dipukul dua pelajar perempuan tingkatan tiga. 
“Berdasarkan siasatan awal dan percakapan saksi mendapati, berlaku perselisihan faham di antara mangsa dengan dua pelajar terbabit. 
“Akibatnya, salah seorang daripada dua pelajar perempuan terbabit menarik tudung mangsa hingga terjatuh, manakala rakannya memijak kepala serta menyepak bahu mangsa sehingga menyebabkan kecederaan. 
“Mangsa yang cedera di kepala dan bahu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan menerima empat jahitan di kepala,” katanya. 
Polis kini sedang giat mengesan dua suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ibu kepada salah seorang suspek tampil mempertahankan anaknya dan meminta orang ramai mengemukakan bukti sebelum menuduh anaknya terlibat dalam kejadian itu. Manakala di laman Instagram suspek pula memuat naik gambar mangsa dengan kapsyen berikut.

“Kalau memang betul ada salah I, cuba you tanya apa salah dia pula?”

Bagaimanapun, akaun Instagram milik suspek telah ditetapkan kepada ‘private’.  – The Reporter

Artikel berkaitan:


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2msIhkz

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.