Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia 3310 Akan Kembali Dengan Skrin Berwarna Tetapi Tidak Akan Menggunakan Android – Laporan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia 3310 Akan Kembali Dengan Skrin Berwarna Tetapi Tidak Akan Menggunakan Android – Laporan

Selain cerita John Wick 2 dan Lego Batman Movie yang mula ditayangkan baru-baru ini, kita juga disajikan dengan pengumuman mengujakan dari pengeluar telefon HMB Global bahawa Nokia 3310 akan dipasarkan semula.

Telefon tahan lasak itu akan diumumkan oleh syarikat berkenaan pada hujung minggu ini di Barcelona.

Menurut portal tempatan Wiser.my, apa yang paling menarik adalah telefon itu tidak akan menggunakan sistem pengoperasian Android – yang bermakna ia mengekalkan ciri utamanya iaitu bateri yang mampu bertahan lama.

Selain itu, turut dilaporkan telefon berkenaan akan dipasang dengan skrin berwarna tetapi tidak melibatkan resolusi yang tinggi kerana ingin mengoptimumkan penggunaan bateri.

Butiran terperinci Nokia 3310 akan diumumkan pada Kongres Telefon Bimbit Sedunia yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada hujung minggu ini.

Nokia 3310 pernah mencatat jualan sehingga 126 juta unit dan penghasilannya dihentikan pada 2005.

Apa yang paling penting adalah telefon berkenaan mesti mengekalkan permainan Snake seperti versi lama.

Sumber: Wiser.my

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lA9yE9

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.