Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tayar Dikunci: Penduduk Bandar Sri Permaisuri Resah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tayar Dikunci: Penduduk Bandar Sri Permaisuri Resah

Spread the love

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diminta untuk mengkaji semula penguatkuasaan tindakan mengunci tayar kenderaan yang gagal membuat bayaran parkir atau diletak di bahu jalan khusus di kawasan bukan komersial dan berkepadatan tinggi.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohd Amir Abd Halim berkata antara kawasan itu termasuk Bandar Sri Permaisuri yang menyaksikan sebanyak 50 kenderaan dikenakan tindakan dikunci tayar sehari.

“Puncanya mesin bayaran parkir yang kerap rosak menyebabkan pengguna tidak boleh membuat bayaran dan kekurangan petak parkir menyebabkan pemandu terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan.

“Penguatkuasa DBKL selain mengenakan kompaun, mereka juga mengunci tayar kereta walaupun ia diletakkan dalam kotak parkir,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya tindakan tegas itu agak keterlaluan dan malahan DBKL dikatakan enggan melayani rayuan pemilik kenderaan itu.

Mohd Amir juga turut mempersoal caj parkir kawasan itu yang dikatakan lebih tinggi sebanyak 20 peratus berbanding kawasan lain bagi kategori luar pusat bandar di bawah penyeliaan DBKL.

“Sepatutnya hanya 80 sen sejam tetapi di sini dikenakan RM1 sejam,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya DBKL memansuhkan semua kompaun yang telah dikenakan bermula sejak 1 September tahun lepas kepada pemilik kenderaan sehingga masalah lebihan caj itu diatasi. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lAFsQD

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.