Hi! Welcome Back and Stay Tune! RUU 355 PAS ibarat doktor salah diagnosis, bidas Amanah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RUU 355 PAS ibarat doktor salah diagnosis, bidas Amanah

PETALING JAYA: Amanah hari ini mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan PAS boleh menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan negara ketika ini.

“Gambaran ini persis umpama seorang doktor salah membuat diagnosis, lantas salah memberi ubat atau lebih tepat lagi doktor yang tidak perlu membuat apa-apa diagnosis kerana kononnya sudah mahir dengan penyakit pesakit. Tidak penting tahu punca penyakit.

“Kalau ditanya bagaimana ‘preskripsi’ RUU 355 mampu merawat. Saya hampir pasti jawapannya ialah soalan itu tidak penting. Sembuh atau tidak bukan kerja manusia, yang penting ubat mesti diberikan mengikut ‘mantra turun-temurun’ yakni pelaksanaan hukum,” kata pengarah strategi Amanah dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini.

Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penyokong RUU 355 nampaknya hanya mahu akta itu diluluskan di Dewan Rakyat, sekaligus memperkenalkan pendekatan “hukum dan hukuman” dalam mendidik rakyat.

“Merumuskan semua permasalahan masyarakat dengan rawatan pendekatan ‘hukum dan hukuman’ adalah cara berfikir parti lslam di Malaysia bahkan sebahagian besar parti-parti Islam di negara majoriti umat lslam di dunia.

“Ada ilmuan Islam yang mengistilahkan fenomena ini sebagai ‘intellectual paralysis’ atau kelumpuhan intelek atau berfikir.

“Ada bertanya bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom disaman RM20 juta oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) kerana didakwa terbabit pelbagai salah laku menggunakan dana yayasan anak yatim, turut berucap,” katanya sambil berkata lebih mengaibkan apabila Jamil Khir mendakwa diarah menghadiri himpunan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sabtu lalu, ribuan penyokong PAS serta beberapa pemimpin Barisan Nasional berhimpun di Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menyokong RUU 355 dalam usaha memperkasakan Mahkmamah Syariah dan mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan mereka yang tidak hadir untuk menyokong himpunan itu terdedah kepada bahaya dan ialah mangsa “serigala liar” kerana berjuang menegakkan undang-undang syariah adalah kewajipan setiap umat Islam, walaupun ia tidak mampu dilaksanakan.

Dzulkefly berkata, RUU 355 juga tidak dapat menyelesaikan masalah keharmonian dan kedamaian antara rakyat pelbagai kaum serta agama di negara ini, selain tidak dapat menangani kleptokrasi.

“RUU 355 menjadi ‘battle-cry’ untuk menyatukan umat Islam Melayu! Untuk apa? Pertahan kleptokrasi dan sejenis ‘Asobiyah Baru’?

“Negara mesti dibangunkan dengan Fiqh Ta’ayyush (Fiqh Hidup Bersama atau ‘Co-Existence’) di mana semua warga negara mempunyai tanggungjawab dan hak yang sama seperti diadun dalam Sahifah Madinah oleh Rasulullah.

“Semua warga diangkat sebagai ‘Kelas pertama’ yang dibingkai dengan ‘Fiqh Muwotanah’ (Fiqh Kewarganegaraan). Tiada ruang perseteruan dan permusuhan atas nama lslam ke atas agama, bangsa serta budaya.”

RUU 355 pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu oleh Hadi. Pada 24 November lalu, presiden PAS itu meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan RUU 355 ke sidang berikut pada Mac ini bagi membolehkan pindaan dilakukan terhadapnya RUU itu.

Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan” berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

The post RUU 355 PAS ibarat doktor salah diagnosis, bidas Amanah appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2msfZGI

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.