Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tunggu Laporan Akhir Siasatan Kes Jong-nam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tunggu Laporan Akhir Siasatan Kes Jong-nam

Spread the love

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati pihak-pihak yang berkaitan agar menunggu laporan akhir siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, daripada membuat andaian.

Beliau berkata siasatan masih belum lengkap, hanya laporan awal hasil ujian kimia yang sudah dimaklumkan kepada pihak media.

“Kita tunggulah laporan akhir nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis ‘Memperkasa Kepimpinan Veteran UMNO Merentasi Zaman” di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan awal hasil ujian kimia mengenai bahan digunakan dalam kes pembunuhan pada 13 Feb itu yang dikenal pasti sebagai ‘VX Nerve Agent’ yang tersenarai sebagai senjata kimia.

“Itu yang saya cakap tunggu sampai laporan akhir keluar dulu.

“Masalahnya, perbalahan yang berlaku antara Kedutaan Korea Utara dengan pihak polis ini pun akhirnya akan memberi kesan negatif kepada hubungan diplomatik kedua-dua negara.

“Kita hendak satu laporan yang betul-betul tamat dan pasti bagi menjelaskan kematian mangsa,” kata Nur Jazlan.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam yang mahu menaiki penerbangan ke Macau, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lMk4sc

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.