Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kuantan FA idam tiga mata malam ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kuantan FA idam tiga mata malam ini

PEMAIN Kuantan FA, Sim Woonsub (dua dari kanan) meraikkan gol bersama rakan sepasukannya ketika menentang UITM FC dalam saingan Liga Perdana 2017 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. – Foto Muhd Asyraf Sawal

KUANTAN: Pemain tengah Kuantan FA, Shim Un Seob mahu aksi cemerlang skuad itu berterusan apabila melayan pendahulu Liga Perdana, Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Pemain kelahiran Korea Selatan itu berkata, persefahaman mantap bersama rakan sepasukan diharap mampu mengecewakan skuad Rusa yang pasti bertandang untuk mengutip mata.

“Oleh itu, kami akan berusaha mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan MISC-MIFA dan UiTM FC bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam saingan Liga Perdana.

“Kelebihan beraksi di laman sendiri akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengecewakan Negeri Sembilan,” katanya yang menjaringkan dua gol ketika membantu The Seagulls menewaskan UiTM FC 3-1 pada 17 Februari lalu.

Sementara itu, jurulatih Kuantan FA Zulhamizan Zakaria tetap berwaspada dengan kunjungan Negeri Sembilan yang dilihat mampu memadam misi skuadnya meraih tiga mata di laman sendiri.

Beliau berkata, rekod tanpa kalah dicatat Negeri Sembilan dalam empat perlawanan sudah memberi petanda yang The Seagulls perlu lebih bersedia dengan ketajaman serangan lawan pasti mahu melebarkan kedudukan dalam saingan liga.

Bekas pemain kebangsaan itu mengharapkan komitmen dan fokus 100 peratus dipersembahkan pemainnya untuk menghalang lawan daripada membawa pulang mata.

“Saya akui Negeri Sembilan sebuah pasukan mantap ketika ini memandangkan mereka belum lagi tewas dalam empat perlawanan dan pada masa sama mereka akan meneruskan rentak cemerlang itu.

“Namun, dengan dua kemenangan berturut-turut yang dicatat pasukan ketika menewaskan MISC-MIFA dan UiTM FC memberikan suntikan serta motivasi terbaik kepada pasukan untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut.

“Sudah pasti kami mahukan kemenangan untuk bersaing dengan pasukan teratas tetapi perlu lebih berhati-hati dengan kemampuan lawan yang berada pada prestasi terbaik ketika ini,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kTv1cr

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.