MPKK Giatkan Usaha Kutip Cukai Tertunggak
Spread the love
KUALA KANGSAR – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menggiatkan usaha mengutip cukai tertunggak sejak beberapa tahun lalu berjumlah sekitar RM4 juta.
Yang Dipertuanya Datuk Shahrom Abd Malik berkata pada tahun lalu pula, MPKK hanya berjaya mengutip RM9 juta daripada RM10 juta cukai taksiran yang sepatutnya diperoleh.
Sehubungan itu, MPKK akan meningkatkan kecekapan sistem kutipan cukai bagi menangani isu tunggakan ini, katanya dalam sidang media selepas majlis pelantikan anggota majlis MPKK, di sini hari ini.
Mengulas isu lain, beliau berkata MPKK akan melaksanakan kempen kebersihan besar-besaran di daerah itu termasuk mengadakan gotong-royong dengan penduduk.
MPKK katanya mahu menggalakkan penduduk di daerah itu menjadikan amalan kebersihan sebagai satu budaya hidup, sekali gus mengekang penularan penyakit.
Selain itu, Shahrom berkata MPKK juga bercadang membina sebuah pasar baharu di kawasan industri di sini bagi menggantikan Pasar Awam Kuala Kangsar yang terletak di tengah-tengah bandar.
Apabila siap kelak pasar awam itu akan dipindahkan ke pasar baharu ini, katanya. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment