Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rani Kulup akhirnya ‘serbu’ Kedutaan Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rani Kulup akhirnya ‘serbu’ Kedutaan Korea Utara

KUALA LUMPUR: Akhirnya “Raja Report” Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah turut serta ke dalam kancah isu pembunuhan Kim Jong Nam, apabila mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Korea Utara pagi ini.

Rani yang mengepalai Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) bersama beberapa gerakan lain tidak berpuas hati dengan kenyataan Duta Korea Utara Kang Chol sebelum ini, yang mendakwa negara bersekongkol dengan Korea Selatan dan “cuba menyembunyikan sesuatu” dalam isu itu.

Disaksikan ramai wartawan termasuk media antarabangsa, beliau memasukkan memorandum bantahan ke dalam peti surat kedutaan tanpa bertemu mana-mana pegawai.

“(Korea Utara) kena steady-lah. Jangan tuduh sebelum siasat,” kata personaliti popular itu pada sidang media.

Katanya, Korea Utara tiada sebab untuk bimbang dengan bedah siasat Jong Nam kerana Malaysia memiliki kepakaran canggih yang diakui dunia.

Beliau menggesa polis menyiasat Kedutaan Korea Utara “hingga ke akar umbi” berhubung kenyataan tersebut dan menggesa pihak mereka menarik balik dakwaan.

Namun mengikut protokol antarabangsa, pihak kedutaan menikmati imuniti dan sebarang siasatan pihak berkuasa perlu melalui Kementerian Luar Negara.

Beberapa minit selepas memasukkan memorandum ke dalam peti surat, 2 pegawai kedutaan keluar tetapi bukan untuk bertemu Rani, sebaliknya mengadakan sidang media berhubung soal lain, iaitu permohonan polis untuk mengambil keterangan 2 individu, termasuk setiausaha ke-2 kedutaan yang menjadi suspek pembunuhan Jong Nam.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

The post Rani Kulup akhirnya ‘serbu’ Kedutaan Korea Utara appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lypzKI

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.