Malu dengan jiran anak suka berkata lucah, bapa tetak anak sehingga mati
Seorang kanak kanak berusia 8 tahun ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dipercayai di bunuh oleh bapa kandungnya sendiri Ahmad Sulaimi 48 tahun di rumahnya di Karang Bagu, Mataram, Indonesia.
Haris Dinzah, Ketua Polis Mataram, berkata pihaknya telah berjaya menahan Ahmad Sulaimi tanpa sebarang kesukaran dan sudah mengaku atas perbuatannya.
Motif pembunuhan dipercayai akibat dari kesal dengan perangai anaknya Muhammad Albani yang selalu menuturkan kata-kata kesat terhadapnya dan isteri.
Ketika kejadian Sulaimi dikatakan baru sahaja bangun dari tidur mengambil sebilah parang dan terus menetak anaknya yang tengah tidur di atas tilam di ruang tamu.
Akibat dari tetakan kepala bahagian kiri mangsa koyak dan meninggal di tempat kejadian.
Sementara menurut ibu mangsa tidak ada perilaku pelik mahupun mencurigakan suaminya itu sebelum membunuh anak bongsu mereka “Ia nampak normal, Muhammad Albani adalah satu-satunya anak lelaki kami dan suami sangat memanjakannya dengan apa yang terjadi saya sangat terkejut, katanya.
Kata-kata kasar berbaur lucah dan suka mengumpat kedua ibubapa adalah punca kematian kanak-kanak berkenan, kata Haris Dinzah.
Beliau juga berkata bahawa bapa mangsa tidak mengalami gangguan jiwa mahupun mendengar bisikan ghaib yang menyuruh untuk membunuh anaknya itu. Ia adalah pembunuhan murni, katanya.
Bagaimanapun Sulaimi turut menyesal dengan apa yang dia lakukan. Anak saya suka mengumpat dan berkata kotor kepada kami, saya malu dengan jiran tetangga dan orang kampung, ujar Sulaimi dengan nada kesal.
Kredit :
– thecoverage.my
The post Malu dengan jiran anak suka berkata lucah, bapa tetak anak sehingga mati appeared first on MyNewsViral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lzCrQM✍ Sumber : ☕ MyNewsViral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment