Koresponden BBC Dibicarakan Di Mahkamah Thailand
Spread the love
BANGKOK – Koresponden BBC Asia Tenggara di Thailand Jonathan Head yang didakwa melakukan fitnah hadir di mahkamah di bandar Phuket pada Khamis, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Beliau bersama rakannya yang juga warga British Ian Rance, disaman peguam Thailand Pratuan Thanarak kerana menfitnah.
BBC dalam laporannya menuduh peguam itu memperakukan dokumen palsu dan menipu Rance.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Head juga berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Akta Jenayah Komputer Thailand yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Beliau diperintah menyerahkan pasportnya memandangkan perbicaraan mungkin mengambil masa sehingga dua tahun.
Dalam satu kenyataan BBC berkata pihaknya sentiasa menyokong petugasnya dan berusaha untuk membersihkan nama mereka.
Pada lewat 2016 BBC terpaksa menutup pejabatnya di Thailand selepas stesen penyiaran itu dituduh menfitnah institusi diraja Thailand. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment