Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Cadang Wujud Lebih Banyak Koperasi Dalam Sektor Peruncitan, Pemborongan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Cadang Wujud Lebih Banyak Koperasi Dalam Sektor Peruncitan, Pemborongan

KOTA BHARU: Kerajaan bercadang menubuhkan lebih banyak koperasi dalam sektor peruncitan dan pemborongan dalam usaha mewujudkan lebih banyak kedai harga patut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan akan memberi geran RM150,000 kepada mana-mana koperasi yang berminat menceburi sektor berkenaan.

“Geran RM150,000 itu boleh digunakan oleh koperasi untuk mengubah suai kedai yang dipilih mereka.

Koperasi juga boleh memohon pinjaman sebanyak RM150,000 daripada Suruhanjaya Koperasi (Malaysia) sebagai modal pusingan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Koperasi Bela Rakyat (Kobera) Parlimen Kubang Kerian di Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas di sini hari ini.

Hamzah seterusnya berkata koperasi berkenaan akan ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan barangan keperluan dengan harga patut.

“Saya telah melakukan perbincangan dengan beberapa pembekal agar mereka dapat membekalkan barangan dengan harga diskaun kepada koperasi-koperasi berkenaan,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lzNj0O

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.