Alberto selamatkan maruah JDT II
PEMAIN UiTM FC, Muhammad Faizal Mohd Arif (kanan) menghalang pergerakan pemain JDT ll, Muhammad Syazwan Andik (dua kanan) dalam saingan Liga Perdana 2017 di Stadium UiTM Shah Alam. Separuh masa UiTM FC 1-0 JDT ll. – Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
SHAH ALAM: Kebangkitan pada 30 minit terakhir menyelamatkan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) daripada tewas kali ketiga musim ini selepas mengikat UiTM 2-2 dalam saingan Liga Perdana di Stadium UiTM, Shah Alam, sebentar tadi.
Skuad Harimau Selatan itu harus berterima kasih kepada Nicolas Alberto yang menyumbangkan kedua-dua gol, selepas tuan rumah terlebih dulu mendahului perlawanan.
Terdahulu, aksi seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan namun tuan rumah lebih bernasib baik apabila membuka jaringan menerusi Sadam Hashim pada minit ke-22.
Gol itu menyedarkan lamunan Harimau Selatan, namun pertahanan UiTM kekal utuh untuk mengekang asakan.
Babak kedua bersambung dalam keadaan cuaca hujan tetapi ia tidak menghalang UiTM menambah jaringan, kali ini menerusi Akanni Sunday Wasiu untuk mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-48.
Namun JDT II bingkas pada minit ke-61 untuk merapatkan kedudukan menerusi Alberto yang tenang melakukan penyudah untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Raslam Khan Abd Rashid.
Harimau Selatan semakin menunjukkan keyakinan untuk menguasai permainan dan hasilnya Alberto menggegar sekali lagi pada minit ke-85, untuk mengikat kedudukan 2-2.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kTIWim✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment