Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rasuah: Pegawai Dan Anggota Tentera Direman 7 Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rasuah: Pegawai Dan Anggota Tentera Direman 7 Hari

KUANTAN: Dua pegawai dan anggota tentera masing-masing berpangkat Leftenan Kolonel dan Staf Sarjan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan melibatkan kes rasuah.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurunaim Abdullah di Mahkamah Majistret Kuantan pagi tadi.

Semalam, SPRM telah menangkap seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel yang bertugas di Unit Senggaraan Zon Timur, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) kerana dipercayai telah menerima suapan daripada kontraktor-kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya yang mana isterinya merupakan pengarah syarikat tersebut.

BACA: SPRM tahan leftenan kolonel terlibat rasuah

Susulan itu, SPRM turut menahan seorang lagi anggota berpangkat Staf Sarjan yang bertugas di BPKP Zon Pahang.

Suspek berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 8.40 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kuantan.

Kedua-dua suspek yang merupakan Penyelia Senggaraan Kawasan Temerloh, Pahang disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.

Beliau berkata SPRM percaya mereka terlibat dalam meluluskan puluhan projek kepada syarikat berkepentingan sejak beberapa tahun lalu.

“SPRM akan menyiasat jika terdapat penglibatan pegawai-pegawai lain dalam perkara tersebut,” ujar beliau.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lfBDxK

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.