Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima parah, 14 cedera ringan dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima parah, 14 cedera ringan dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS

KUALA KANGSAR: Lima cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat dengan treler di Kilometer 257 berhampiran dengan Terowong Menora,di Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian sekitar 2 pagi itu, seramai 14 orang yang berada di dalam bas yang dipercayai dalam perjalanan dari Kangar ke Klang turut mengalami kecederaan ringan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Pegawai Bomba Kanan II Halim Mat Siga berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 2.35 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya kami di tempat kejadian, kami mendapati masih ada mangsa yang cedera berada di dalam bas dan sebahagian lagi telah turun.

“Kemalangan terbabit apabila bas ekspres yang membawa kesemua penumpang merempuh bahagian belakang sebuah treler dengan muatan getah,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, pihak bomba kemudian bertindak membawa mangsa turun dari bas dengan menggunakan stretcher dan kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi rawatan lanjut.

“Pemandu dan pemandu kedua tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat sepenuhnya sekitar 4 pagi,”katanya lagi.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lCmmIe

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.