Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan tidak akan berhenti beri bantuan perumahan untuk rakyat – PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan tidak akan berhenti beri bantuan perumahan untuk rakyat – PM Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan berhenti memberi bantuan dan menjalankan program seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Wilayah Persekutuan, Rumah Idaman Rakyat dan lain-lain bantuan untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi membolehkan rakyat mampu memiliki rumah sendiri dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

“Saya akan terus mencari inisiatif lain agar rakyat dapat memiliki rumah yang selesa,” kata Najib menerusi catatan terbaharu dalam laman blog beliau www.najibrazak.com hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya rakyat memiliki tanah atau rumah yang usang, mereka boleh memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia untuk mendapatkan subsidi daripada kerajaan.

“Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah menyediakan Skim MyHome yang membolehkan pemohon mendapat subsidi RM30,000 untuk pembiayaan perumahan.

“Untuk mereka yang memerlukan bantuan deposit, mereka boleh memohon bantuan kewangan melalui Skim MyDeposit,” kata beliau.

Najib berkata bagi pasangan yang baru berkahwin atau memulakan alam pekerjaan, kerajaan menyediakan kemudahan bantuan Rumah Transit 1Malaysia, PPR, Perumahan Awam DBKL dan sebagainya.

“Oleh yang demikian, dapatkanlah bantuan-bantuan ini agar kita dapat memberikan kebahagiaan buat keluarga tersayang. Inilah perkara paling penting yang sedang saya usahakan demi rakyat,” kata beliau. — BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kTxh3d

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.