Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP gesa usaha mansuh hukuman mati disegerakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP gesa usaha mansuh hukuman mati disegerakan

KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi Kebangsaan DAP M Kula Segaran hari ini menggesa kerajaan mempercepatkan usaha memansuhkan hukuman mati.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu dalam satu kenyataan berkata, kajian mendedahkan pandangan palsu yang hukuman mati mengurangkan bilangan kes pembunuhan.

Beliau mengulas pelaksanaan hukuman mati 2 beradi Rames dan Suthar Batumalai hari ini, yang ditangguhkan pada saat akhir.

Kedua-dua mereka memfailkan permohonan untuk pengampunan diraja. Ia tidak pasti jika penangguhan itu disebabkan rayuan pengampunan itu.

“Ia tidak adil jika 2 beradik itu dinafikan hak mendapatkan rayuan mereka dikaji oleh Lembaga Pengampunan. Ia juga tidak boleh diterima jika Lembaga Pengampunan tidak memberikan masa mengkaji semula permohonan itu,” kata Kula.

Rames, 44, dan Suthar, 39, dijatuhi hukuman mati pada April 2010 selepas didapati bersalah kerana membunuh.

Sementara itu, Kula berkata Jabatan Penjara menyatakan pada Mei 2015, terdapat 1,043 banduan hukuman mati di seluruh negara.

Jumlah 1,043 bukan sebilangan yang kecil, kata Kula.

“Sebagai ahli Parlimen dan setiausaha Parliamentarians for Global Action, saya menekankan kezaliman berkaitan dengan hukuman mati di Parlimen.

“Ia signifikan sebagaimana dikatakan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang kerajaan bercadang mengkaji semula hukuman mati bagi jenayah tertentu.

“Adalah diharapkan usaha ke arah pemansuhan hukuman mati di Malaysia akan disegerakan.”

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

The post DAP gesa usaha mansuh hukuman mati disegerakan appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mk7u1b

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.