Hi! Welcome Back and Stay Tune! Leftenan Kolonel, Staf Sarjan Ditahan Reman 7 Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Leftenan Kolonel, Staf Sarjan Ditahan Reman 7 Hari

Spread the love

KUANTAN – Dua anggota tentera termasuk pegawai kanan berpangkat leftenan kolonel ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kelulusan puluhan projek kepada syarikat berkepentingan sejak beberapa tahun lalu.

Perintah reman itu yang dikeluarkan Majistret Nurunaim Abdullah di sini hari ini turut dikenakan ke atas seorang staf sarjan, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang.

Sumber itu berkata staf sarjan berusia 44 tahun berkenaan ditahan SPRM Kuantan pada 8.40 malam tadi susulan siasatan ke atas leftenan kolonel tersebut yang ditahan oleh SPRM Temerloh pada 2.30 petang semalam.

Leftenan kol berusia 57 tahun itu yang berkhidmat di Unit Senggaraan Zon Timur, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) ditahan selepas hadir di pejabat SPRM Temerloh bagi memberi keterangan berhubung rasuah dan salah guna kuasa melibatkan dirinya.

Suspek dipercayai menerima suapan daripada kontraktor-kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya dan isteri suspek merupakan pengarah syarikat tersebut.

Kedua-dua suspek yang merupakan Penyelia Senggaraan Kawasan Temerloh, Pahang itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi )SPRM Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perintah reman itu dan berkata pihaknya akan menyiasat jika terdapat terdapat penglibatan pegawai-pegawai lain dalam kes berkenaan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lfYCZr

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.