Kubur Khas Untuk Wanita Bercerai Yang Cuba Bunuh Diri
Di Beijing, China, sekumpulan wanita mengamalkan kaedah pelik untuk menangani tekanan akibat penceraian dengan melakukan sesi ‘menenangkan diri’ di dalam kubur.
Kisah mereka mendapat perhatian media apabila gambar ‘upacara’ tersebut yang dilakukan di bandar Chongqing tersebar dalam laman sosial.
Menurut laporan MailOnline, sesi meditasi kubur itu diilhamkan oleh Liu Taijie, wanita berusia 30 tahun yang pernah bercerai dengan suami dan kini membantu wanita lain untuk mengatasi tekanan rumah tangga.
Jelas laporan itu, Taijie berkahwin pada usia 19 tahun dan dikurniakan anak dua tahun kemudian, tetapi rumah tangganya hancur akibat penceraian.
Selepas bercerai, Taijie ditimpa nasib yang lebih malang apabila perniagaannya juga gagal.
Namun dia berjaya menempuh detik-detik sukar itu dan kini mahu memastikan golongan yang senasib dengannya memiliki kekuatan untuk teruskan hidup.
“Saya tahu bagaimana perasaan ditinggalkan.Saya juga pernah berfikir untuk membunuh diri akibat penceraian tersebut,” katanya.
Namun menerusi meditasi kubur, Taijie berkata, pelajarnya akan mendekati pengalaman mati dan membuatkan mereka berfikir semula ada banyak perkara belum dilakukan sepanjang hidup.
Gambar di lokasi itu menunjukkan beberapa wanita bebaring dalam kubur dengan beralaskan plastik sambil mereka menutup mata.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tempoh yang diperlukan bagi setiap peserta berbaring sedemikian.
SUMBER
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment