Pegawai Kedutaan Korea Utara Mahu Tahu Sebab Wargannya Ditahan
Spread the love
SEPANG – Seorang pegawai Kedutaan Korea Utara hari ini mendakwa pihak kedutaan itu tidak tahu atas sebab apa seorang warganegaranya berada dalam tahanan polis.
Kaunselor Jim Yu-song berkata demikian kepada pemberita selepas pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan gagal dalam cubaannya untuk berjumpa warganegara Korea Utara Ri Yong Chol.
Yu-song, yang dilihat memasuki perkarangan IPD itu pada 4.15 petang dan beredar 15 minit kemudian, berkata beliau datang untuk berjumpa dengan pegawai polis yang bertanggungjawab untuk mengetahui kenapa warga Korea Utara itu ditahan.
“Kedutaan kami memikul tanggungjawab untuk melindungi kepentingan dan hak warganegara kami… sehingga kini kami tidak tahu sebab bagi penahanannya.
“Jadi, kami datang ke sini sekali lagi untuk bertanya kepada polis kenapa mereka menahan warganegara kami selama tujuh hari tanpa sebarang sebab… tetapi kami kesal kerana mereka (polis) berada di luar untuk menghadiri mesyuarat di Shah Alam, Selangor,” katanya sebelum meninggalkan kawasan itu.
Ketika ditanya adakah pihak kedutaan telah membuat sebarang permohonan untuk berjumpa dengan polis atau pegawai bertanggungjawab bagi kes itu, kaunselor itu berkata: “Tidak”.
“Tetapi, kami berharap polis Malaysia sepertimana termaktub dalam hubungan dua hala antara dua negara, akan bekerjasama dengan kedutaan,” katanya.
Ri Jong Chol ditahan bersama-sama tiga yang lain berhubung kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam.
Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya iaitu pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Feb untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila sejam kemudian dua wanita menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang telah disembur dengan cecair beracun.
Jong-nam yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, telah meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment