Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong desak Zairil lepas jawatan Presiden FAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong desak Zairil lepas jawatan Presiden FAP

JURUCAKAP Kelab Penyokong Gabungan Pulau Pinang, Mohamad Khir Md Noor menyerahkan memorandum kepada Pegawai Penerangan negeri, Zahar Zainul di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), hari ini.

GEORGETOWN: Penyokong Harimau Kumbang sebentar tadi berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), bagi mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Jurucakap Kelab Penyokong Gabungan Pulau Pinang, Mohamad Khir Md Noor, berkata mereka menuntut campur tangan kerajaan negeri selepas Zairil dilihat tidak tahu melaksanakan tugasnya secara berkesan.

“Penyokong sudah tidak tahan dan malu dengan lima kekalahan berturut-turut Harimau Kumbang sejak awal kempen Liga Super 2017 dimulakan.

“Malah Ketua Jurulatih, Ashley Westwood juga dianggap gagal membimbing pemain Pulau Pinang sehingga kita tidak dapat lagi mencatat sebarang kemenangan, ” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, kira-kira 30 penyokong menyerahkan memorandum kepada Pegawai Penerangan negeri, Zahar Zainul, yang mewakili kerajaan Pulau Pinang.

Mohamad Khir berkata, penyokong turut mempersoalkan kualiti dua pemain import iaitu Diogo Alexander Alves Ferreira dan Andrew James Russell yang dianggap menjadi antara punca bahagian pertahanan dan serangan lemah.

“Prestasi dua pemain import baharu ini amat hambar, malah ramai pemain tempatan beraksi lebih baik daripada mereka berdua.

“Tindakan Westwood yang meminta diberikan peluang sehingga perlawanan ke-10 bagi menunjukkan prestasi sebenar pasukan juga tidak dapat diterima,” katanya.

Katanya, penyokong Pulau Pinang akan terus memboikot semua perlawanan membabitkan pasukan negeri itu bagi memberi tekanan kepada FAP.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lClwew

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.