T-Team enggan mengalah berdepan JDT
KUALA TERENGGANU: Biarpun sedar laluan berliku menunggu, T-Team tidak mahu mengalah dan akan sedaya upaya memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.
Rahmad Darmawan
Pengendalinya, Rahmad Darmawan, mengakui skuad Harimau Selatan itu begitu kuat dengan barisan pemain yang lengkap di setiap posisi berbanding majoriti pemain muda dalam pasukannya.
Begitupun, dia tidak mahu anak buahnya terlalu menghormati lawan, sebaliknya bermain sepenuh hati bagi menyaingi kekuatan JDT.
“Sememangnya di atas kertas JDT tidak menghadapi masalah besar untuk menang perlawanan malam esok apatah lagi bermain di stadium keramat mereka dengan sokongan padu penyokong sendiri.
“Tapi, saya memberitahu pemain supaya bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mencipta kejutan serta cuba menukar ramalan atas kertas pada perlawanan malam esok,” katanya yang ditemui di sini, hari ini.
Pengendali kelahiran Indonesia itu berkata, jika anak buahnya dapat memberi saingan sengit kepada JDT, peluang mencuri satu mata untuk dibawa pulang ke Kuala Terengganu tidak mustahil.
Apa yang penting, kata Rahmad, pemain tidak memberi laluan mudah untuk JDT menguasai permainan dan membolosi benteng dalam perlawanan itu.
“Saya mungkin melakukan sedikit perubahan corak permainan, selain mahu anak buahnya sentiasa fokus untuk menguasai bahagian tengah dan merantai dua penyerang import JDT sepanjang perlawanan itu,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2meTyJc✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment