Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Doktor memang tiap² hari bawa bekal ke?” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Doktor memang tiap² hari bawa bekal ke?”

Perkongsian oleh Abu Umar mengenai bagaimana beliau membuat perancangan kewangan walaupun kerja sebagai seorang doktor. Baca lagi:

BESAR SANGAT KE GAJI DOKTOR?

1.  Kenderaan

Hampir 4 bulan saya berulang alik dari rumah ke hospital dengan motosikal, jaraknya lebih kurang 10km. Kadang² terpaksa berhenti ditepi jalan untuk pakai baju hujan. Maklumla musim tengkujuh, boleh dikatakan setiap hari hujan.

Pernah sekali MO menyapa, “Umah kau kat mana? Semalam aku nampak kau naik motor balik keje”.

Saya jawab, “Umah di gong badak”.
“Tak sejuk ke naik motor hujan² ?”tanya dia lagi.
“Dah biasa”jawabku tersenyum.

Dalam hati kecilku menjawab, dengan naik motorlah, aku dapat menyimpan. Jom kita buat kira² beza naik motor dan kereta.

Motor (kos setahun):
Ansuran: rm1800(rm150/sebulan)
Petrol rm360(rm30/sebulan)
Servis rm360(rm30/sebulan)
Roadtax rm30
Total setahun: RM2250

Kereta Myvi (kos setahun):
Ansuran rm6600(rm550/sebulan)
Petrol rm2400(rm200/sebulan)
Servis rm750/setahun
Roadtax rm770/setahun
Tol rm1560(rm130/sebulan)
Lain² rm240/setahun
Total=RM12, 320
*kiraan tol untuk negeri tertentu

Anda boleh jimat RM10, 070 setahun jika anda rela berpanas dan berhujan dengan menggunakan motor. Nak lagi jimat, pinjam motor ayah atau beli cash motor secondhand.

Jika anda sangat² memerlukan kereta, belilah kereta yang tidak terlalu membebankan anda. Berapa harga kereta yang sesuai?

Gaji sebulan x 12bulan
RM4600x12=RM55, 200

Harga kereta yang sesuai anda beli adalah Myvi, axia, saga. Bukan honda civic apatah lagi mini cooper!Hehe

2. Bekal

Beberapa kali aku ditegur staff nurse, “Doktor memang tiap² hari bawa bekal ke?”
“Ya kak, bekal simple² je, janji tak lapar”, jawabku.
“Jarang dah sekarang saya nampak orang banyak bekal macam doktor”, katanya lagi.

Mindset penjawat awam lebih suka makan di kedai atau bungkus makanan. Padahal kalau bawa bekal, anda boleh jimat hampir RM200-300 sebulan kalau anda rela bersusah sikit untuk sediakan bekal. Lagipun, makanan di kedai belum terjamin kebersihannya.. huhu

3.  Tempat tinggal

Sebelum memilih hospital mana perlu bertugas (khas untuk HO), anda perlu merancang dimana anda nak tinggal. Sebaiknya pilihlah hospital yang paling hampir dengan rumah anda. Anda jimat hampir RM500-600 sebulan jika tidak menyewa.

Kesimpulan

Status sebagai doktor bukan bermakna anda MESTI berkereta mewah, berpakaian berjenama mahal, makan di kedai hispter, ada iphone 7s,  tinggal di kondo,  sering melancong ke luar negara,  kerana hakikatnya gaji doktor tak banyak mana pun.  Kalau tak pandai merancang, tak sampai hujung bulan pun dah pokai.  Dah bekerja bertahun² pun masih tak mampu beli rumah, duit gaji cukup bayar kereta dan perbelanjaan bulanan.

Jangan terpedaya dengan status! Berbelanjalah dibawah kemampuan anda bukan berbelanja mengikut kemampuan! Mudah kata,  gaji doktor tapi berbelanja macam orang bangla!haha

Jika sudah berkahwin,  sebaiknya anda duduk berbincang dengan isteri anda tentang halatuju perancangan kewangan dan ‘exit plan’.  Tanpa sokongan isteri anda, sangat sukar untuk anda mencapai hasrat anda. Terima kasih pada Ummu Umar yang selama ini menyokong penuh dan rela mengikat perut bersama😊.

#salamjumaat
#uruskewangan
#cumainginberkongsi
#janganlupakahfi

The post “Doktor memang tiap² hari bawa bekal ke?” appeared first on The Alternatif.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ms2831

✍ Sumber : ☕ The Alternatif


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.