Hi! Welcome Back and Stay Tune! Janji Annuar Musa Untuk FAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Janji Annuar Musa Untuk FAM

CALON Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (gambar) menggariskan tujuh perkara penting untuk memajukan sukan No. 1 negara itu sekiranya diberikan mandat untuk menerajui kepimpinan badan induk itu pada Kongres Ke-53, 25 Mac ini.

Annuar berkata tujuh perkara itu digariskan menerusi empat teras utama dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pembangunan bola sepak negara menerusi perancangan, penyertaan, keterbukaan serta merakyatkan semula sukan berkenaan.

Menurutnya, perkara tersebut adalah untuk menjadikan bola sepak sebagai agenda nasional seiring Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang merupakan salah satu daripada agenda kerajaan seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu.

“Bukan itu sahaja, saya juga berhasrat menggubal satu ‘blue print’ merangkumi perancangan terperinci dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai kuasa besar bola sepak menjelang 2050.

“Saya juga akan memperturunkan kuasa kepada badan gabungan FAM dan mahu mewujudkan Majlis Perundingan Presiden (PCC) dengan perkongsian kekayaan diagihkan secara sama rata,” kata Annuar menerusi entri laman sosial facebook miliknya semalam.

Bapa pembangunan bola sepak Kelantan itu memberitahu beliau menetapkan perancangan untuk membangunkan semula Liga Malaysia (Liga M) dengan memisahkan peranan FAM dan pengelola penganjuran liga domestik serta memperkenalkan konsep ketelusan pengurusan kewangan.

Katanya pelan tindakan pasukan bola sepak kebangsaan juga akan diperkenalkan dengan sasaran sekurang-kurangnya berada pada kelompok 100 pasukan teratas dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Saya juga akan berusaha menjadikan FAM bebas sepenuhnya daripada rasuah dengan kumpulan sasaran adalah pihak pengurusan, pegawai dan pemain haruslah menjunjung integriti sepanjang masa,” ujarnya.

Annuar turut memberi bayangan untuk menubuhkan Perbadanan FAM, iaitu sebuah entiti baharu yang akan diwujudkan secara berasingan selain Yayasan FAM.

Katanya, fokus utama tidak lari daripada membiayai pembangunan di peringkat akar umbi demi kecemerlangan bola sepak negara. -k!

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lgnPDf

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.