Perak Sedia Kuota 5 Peratus Pemilikan Rumah Untuk OKU, Ibu Tunggal, Belia
SERI ISKANDAR: Kerajaan Perak memperuntukkan kuota 5 peratus untuk memiliki rumah di bawah seliaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP) bagi golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan belia.
Menurut Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ia merupakan pendekatan terbaharu kerajaan negeri dalam membela nasib ketiga-tiga golongan itu untuk memiliki rumah sendiri.
“Kita membuat keputusan dalam mesyuarat baru-baru ini 5 peratus itu kena bagi juga kepada OKU.
“Kalau kawasan itu ada 100 unit rumah maka 5 peratus daripada unit itu hendaklah diberikan kepada tiga golongan ini,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Rumah Amanjaya di Felcra Nasaruddin sempena Program Pemukiman Daerah Perak Tengah di sini pada Khamis.
Projek itu yang merupakan projek pertama dilancarkan di negeri Perak di bawah (LPHP) membabitkan pembinaan 112 unit rumah.
Buat permulaan, bagi fasa pertama 50 unit rumah akan dibina manakala bakinya akan dibangunkan pada fasa kedua.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lFIdSt✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment