Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video & Gambar) Tular Dakwa Jerung Berjaya Ditangkap Di Pulau Kapas, Jabatan Laut Nafi Jerung Ditangkap Di Pulau Peranginan Tersebut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video & Gambar) Tular Dakwa Jerung Berjaya Ditangkap Di Pulau Kapas, Jabatan Laut Nafi Jerung Ditangkap Di Pulau Peranginan Tersebut

KUALA TERENGGANU: Sejak semalam tersebar sekeping gambar dan sebuah video yang memaparkan seekor ikan jerung jenis Bull Shark telah ditangkap oleh nelayan di sekitar Taman Laut Pulau Kapas, Marang.

Video dan dan gambar berkenaan disertakan kepsyen berbunyai “Jerung yang ditangkap di perairan Pulau Kapas dan didaratkan di Jeti Perikanan Marang, Terengganu. Amaran gangguan jerung telah dikeluarkan dan berhati-hatilah ketika melakukan sebarang aktiviti air di perairan Pulau Kapas”

Pihak Jabatan Taman Laut Negeri (JTLN) menafikan perairan pulau peranginan itu kini terdapat gangguan ikan pemangsa itu di mana ramai yang salah erti pulau itu tidak selamat, lapor Berita Harian.

Pengarahnya, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, berita yang disebarkan itu tidak tepat, ini kerana jerung yang berjaya ditangkap oleh nelayan berkenaan adalah di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas iaitu melebihi satu batu nautika dari perairan berkenaan.


“Oleh itu orang ramai tidak perlu bimbang dengan berita yang viral itu kerana setakat ini pihak kami belum mendapat maklumat mengenai gangguan jerung spesies itu, bukan sahaja di Pulau Kapas malah di perairan negeri ini.”

“Sebaik dimaklumkan mengenai berita itu, saya meminta pegawai menyiasat dengan merujuk kepada operator pelancongan dan nelayan sebelum mendapati jerung itu ditangkap di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas dan dinaikkan bersama hasil tangkapan lain di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Negeri (LKIN) Marang. 


“Ada yang mengambil gambar jerung itu dan menyebarkannya hingga menjadi viral dengan menyatakan ikan itu kini mengganggu perairan pulau pelancongan itu,” katanya.

Muhammad Nur Ashry berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan jika terdapat gangguan jerung di perairan negeri ini bagi memastikan keselamatan awam terjamin. – Siakapkeli.my

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lFKCfZ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.