WhatsApp Dilaporkan Sedang Menguji Fungsi Khusus Untuk Perniagaan
WhatsApp telah mengatakan sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan fungsi khusus untuk perniagaan dalam apa yang dipanggil WhatsApp Business. Kini, perkhidmatan permesejan popular berkenaan telah mula menguji fungsi berkenaan bersama beberapa syarikat.
Menerusi apa yang pernah dikongsikan oleh WhatsApp sebelum ini, mereka pernah mengatakan pengguna boleh berinteraksi terus kepada perniagaan melalui WhatsApp dan mendapat maklumbalas lebih pantas.
Sebagai contoh, pengguna boleh berinteraksi dengan bank untuk sebarang perbincangan mengenai transaksi, atau dengan syarikat penerbangan berkenaan dengan penangguhan pernebangan.
Perkhidmatan ini semestinya dinantikan ramai perusahaan – terutamanya yang kecil dan sederhana. Ia juga akan mengubah kaedah interaksi perniagaan, apatah lagi dengan negara-negara membangun yang banyak menggunakan WhatsApp dalam interaksi dan sedia digunakan lebih 1.2 bilion pengguna seluruh dunia.
Pihak WhatsApp masih tidak mengumumkan fungsi ini secara rasminya. Sekiranya anda menggunakan versi beta aplikasi berkenaan, sudah terdapat beberapa kod mengenai WhatsApp Business tetapi ia masih tidak diaktifkan lagi.
Dengan pihak Facebook yang lebih memfokuskan kepada pendapatan syarikat, mungkin kita akan melihat WhatsApp Business diperkenalkan pada tahun ini sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan tambahan melaluinya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lFGBZ6✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment