Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seorang Maut, 7 Cedera Kemalangan Di Lipis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seorang Maut, 7 Cedera Kemalangan Di Lipis

Spread the love

KUANTAN – Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah van dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Lipis-Merapoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata dalam kemalangan pada pukul 5 petang itu, pemandu Perodua Myvi, Ahmad Fazeli Muhammad, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Van yang dinaiki tujuh orang itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai, Kelantan dan ketika melalui laluan berselekoh di tempat kejadian, kenderaan ini dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Dalam masa sama, kenderaan yang dipandu Ahmad Fazeli yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak dan telah bertembung dengan van berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Berikutan kemalangan itu, Ahmad Fazeli meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu van cedera parah di kaki.

Enam lagi penumpang yang merupakan warga Indonesia hanya cedera ringan.

Mayat Ahmad Fazeli dan kesemua mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk bedah siasat serta mendapatkan rawatan. – BERNAMA

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lFDQGV

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.