Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anggota Parlimen Ucap Tahniah Kepada Chong Wei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anggota Parlimen Ucap Tahniah Kepada Chong Wei

Spread the love

KUALA LUMPUR – Kebanyakan anggota Parlimen hari ini mengambil peluang mengucapkan tahniah atas kejayaan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan Badminton All England buat kali keempat malam tadi.

Mereka termasuk daripada pembangkang turut mengharapkan jaguh badminton negara itu memecahkan rekod kemenangan kali kelima pada tahun hadapan.

Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) antara anggota Parlimen terawal mengucapkan tahniah kepada Chong Wei.

Chong Wei sebelum ini memenangi Kejuaraan All England pada 2011, 2012 dan 2014.

Turut mengambil peluang mengucapkan tahniah ialah Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Bagi saya, pihak orang Jeli, Kelantan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas kecemerlangan Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan All England, tahniah kita ucapkan,” kata beliau yng juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lim Guang Eng (DAP-Bagan) turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Chong Wei.

Pada pusingan akhir kejohanan itu, Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain muda dari China, Shi Yuqi dengan 21-12, 21-10 dalam masa 45 minit.

Bagaimanapun pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas kepada pemain dari China Lu Khai-Huang Yaqiong dengan 21-18, 19-21 dan 16-21 dalam pertarungan sejam 26 minit. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mYJC6E

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.