Balotelli Bantu Nice Bangkit
MARIO Balotelli (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Caen, Damien Da Silva dalam aksi Ligue 1 di Stadium Allianz Riviera, Perancis. – Foto AFP
PARIS: Mario Balotelli membantu Nice seri 2-2 dengan Caen bagi menyelamatkan kedudukan dan pemburuan gelaran kejuaraan mereka dalam Ligue 1, awal pagi tadi.
Balotelli menyemarakkan semangat pasukan dengan meledak gol pada babak kedua sebelum Anastasios Donis menyamakan kedudukan selepas Caen mendahului 2-0.
Namun pada hujung minggu ini, anak buah Lucien Favre mungkin menyaksikan kedudukan mereka dirampas Paris Saint Germain dan ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Monaco.
Selain tercicir mata, jurulatih dari Swiss, Favre, juga kemungkinan kehilangan pemain tengahnya Wylan Cyprien, yang diusung keluar selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan.
“Ia sangat sukar apabila kami ketinggalan 2-0 di laman sendiri, jadi kami gembira dengan keputusan seri ini,” kata Favre.
“Kami mengumpul 63 mata setakat ini dan sejak dua minggu lalu kami terpaksa bertarung tanpa penjaring utama Alassane Plea yang direhatkan sehingga musim tamat.
“Wylan Cyprien cedera dan ia tampak serius.”
Caen terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila tandukan Ivan Santini hasil hantaran Vincent Bassat menewaskan Yoan Cardinale pada minit ke-36.
Bersambung babak kedua, Caen pantas menambah gol kedua mereka menerusi Yann Karamoh pada minit ke-50.
Balotelli meletakkan Nice kembali dalam perlawanan dengan gol pada minit ke-71 sebelum Donis menyamakan kedudukan enam minit kemudian. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lMl8h3✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment