Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kekasih Cium Lelaki Lain Dalam Tradisi Kiss Cam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kekasih Cium Lelaki Lain Dalam Tradisi Kiss Cam

Spread the love

‘KISS cam’ dianggap sebagai hiburan dalam perlawanan bola keranjang di Amerika Syarikat dengan camera akan memfokus kepada pasangan yang duduk bersama dan kemudian mereka akan digalakkan untuk bercium.

Ia merupakan antara tradisi setiap kali perlawanan bola keranjang diadakan.

Namun lain pula jadinya kepada sepasang kekasih yang menyaksikan perlawanan antara Atlanta Hawks dan Brooklyn Nets. Ketika `kiss cam’ dihalakan ke arah mereka, pasangan lelaki tidak mempedulikannya.

Sebaliknya kekasihnya, yang menyedari teman lelakinya tidak berminat untuk menciumnya, telah mengambil keputusan mengejutkan apabila dia mencium salah seorang penonton yang duduk di sebelahnya.

Peliknya semua orang bertepuk tangan meskipun itu bukan kekasih sebenar wanita berkenaan.

Sementara teman lelakinya yang duduk di sebelah wanita itu, menggelengkan kepada kerana tidak menyangka kekasihnya sanggup mencium lelaki lain.

Dia kemudiannya bangun dan meninggalkan tempat tersebut. Klip berkenaan kemudiannya menjadi popular di media sosial. Namun tidak kurang pula yang menyatakan insiden berkenaan hanyalah rekaan semata-mata dan palsu. – Mynewshub.cc

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mCfgpp

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.