Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nadal Mula Langkah Kanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nadal Mula Langkah Kanan

Rafael Nadal. – Foto AFP

INDIAN WELLS: Aksi hebat yang dipamerkan juara tiga kali, Rafael Nadal memastikan kemaraan ke pusingan ketiga kejohanan tenis ATP Masters Indian Wells selepas menewaskan pemain Argentina, Guido Pella 6-3, 6-2, pagi tadi.

Selepas mendapat ‘bye’ di pusingan pertama, Nadal begitu yakin untuk mempamerkan kualiti permainan sebenarnya dalam perlawanan yang berlangsung di bawah terik cahaya matahari sebelum menamatkan saingan dalam tempoh satu jam 21 minit.

“Ia satu perlawanan yang hebat,” kata Nadal, “Saya bukannya cuba untuk melakukan perkara hebat tetapi hanya melakukan aksi terbaik.

“Saya cuba mencari rentak dan saya fikir saya berjaya mendapatkannya. Paling penting saya berjaya memenangi perlawanan,” katanya selepas menamatkan perlawanan pusingan kedua.

Nadal sedar ini adalah peluang terbaiknya untuk menamatkan kemarau kejuaraan di gelanggang keras sejak 2014 namun bakal berdepan laluan sukar jika diundi bertemu Novac Djokovic di suku akhir.

Djokovic – pemain pilihan kedua kejohanan adalah juara bertahan tiga kali dan juga juara lima kali keseluruhan Indian Wells dan kini berada di landasan tepat memburu gelaran keempat berturut-turut selepas mengenepikan cabaran pemain Britain, Klye Edmund.

Seorang lagi yang mampu menghalang impian Nadal ialah Roger Federer yang setakat ini sudah memiliki empat koleksi kejuaraan di kejohanan sama dan pernah menumpaskan Nadal di final Terbuka Australia, Januari lalu. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mYRMfb

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.