Mindef Tubuh Jawatankuasa Khas Selaras Penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas berperanan membentuk terma-terma rujukan berkaitan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP).
Menurut kenyataan kementerian itu pada Jumat jawatankuasa khas itu yang turut dianggotai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki adalah atas saranan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Penubuhan KSCIP bersempena nama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan keikhlasan dan kepercayaan baginda terhadap kerajaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu berkaitan extremisme dan radikalisme melalui konsep ‘wasatiyyah’ atau kesederhanaan di rantau ini.
“Mindef berbangga dan berterima kasih atas komitmen dan persetujuan baginda untuk menjalinkan kerjasama erat khususnya melalui Kementerian Pertahanan Arab Saudi bagi penubuhan KSCIP,” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan bersama Arab Saudi-Malaysia sempena lawatan empat hari Raja Salman ke Malaysia pada 1 Mac lepas, kedua-dua negara bersetuju untuk menubuhkan KSCIP dalam tempoh tiga bulan bertujuan membanteras naratif yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang radikal dan ekstremis.
Mindef melalui Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melalui Universiti Sains Islam Malaysia akan bekerjasama dengan Ideology Warfare Centre (IWC) atau Markaz Harb Fikriah di bawah Kementerian Pertahanan Arab Saudi serta rakan strategik dari Arab Saudi, Rabitah Alam Al-Islami (Liga Muslim Dunia) bagi merealisasikan penubuhan KSCIP, kata kenyataan itu.
Katanya kerjasama erat dalam bidang pertahanan itu hasil usaha beberapa siri perbincangan Hishammuddin dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Timbalan Putera Mahkota Muhammad Salman sebelum ini. — Bernama
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mRXlvP✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment