Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penalti Masa Kecederaan Selamatkan Juventus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penalti Masa Kecederaan Selamatkan Juventus

PEMAIN Juventus, Marko Pjaca (kiri) bersaing dengan pemain Milan, Christian Zapata dalam aksi Serie A di Turin, Itali. – Foto AP

MILAN: Juventus kini mendahului saingan Serie A dengan kelebihan 11 mata selepas penalti masa kecederaan membolehkan mereka meraih kemenangan 2-1 ke atas AC Milan yang bermain 10 orang – juga kemenangan ke-31 berturut-turut pendahulu itu di laman sendiri.

Juara bertahan itu tampak seperti akan berkongsi mata dengan seteru tradisinya, yang mengejutkan juara 32 kali Serie A 1-0 di San Siro awal musim ini, selepas Carlos Bacca mengimbangi jaringan pembukaan Medhi Benatia untuk Juve.

Bagaimanapun menuju ke akhir permainan, Milan kehilangan Jose Sousa yang dilayangkan kad merah kerana mengasari Kwadwo Asamoah sebelum Mattia De Sciglio dipersalahkan untuk sepakan penalti kepada Juve.

Penyerang Argentina Paulo Dybala menyempurnakan sepakan itu dengan menewaskan penjaga gol muda, Gianluigi Donnarumma yang beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa siri percubaan.

Tiga mata itu meletakkan Juve dalam keadaan selesa untuk mengalih tumpuan kepada aksi timbal balik kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara bertemu Porto, yang ditewaskan 2-0, minggu depan.

Milan kekal di tangga ketujuh, 20 mata di belakang Juventus dan tujuh mata di bawah kelompok kelayakan Liga Juara-Juara. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mbKKQA

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.