Pengurus Kuantan FA Pengsan Sejurus Tewas
PASUKAN paramedik memberi rawatan kepada Pengurus Pasukan Kuantan FA,Datuk Wan Solihi Wan Hassan yang pengsan di dalam bilik persalinan selepas perlawanan Piala FA menentang PKNP FC di Stadium Perak. – Foto ihsan Pembaca
IPOH: Pengurus pasukan Kuantan FA, Datuk Wan Solihi Wan Hassan pengsan secara tiba-tiba sejurus berakhir perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara pasukannya dengan PKNP FC di Stadium Perak di sini, malam tadi.
Beliau dikatakan rebah di dalam bilik persalinan ketika sedang bersalaman dengan anak-anak buahnya.
Keadaan itu membuatkan suasana di situ bertukar cemas sebelum pasukan paramedik dipanggil untuk memberi rawatan awal.
Tidak dapat dipastikan punca sebenar Wan Solihi pengsan, namun beliau dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejurus selepas itu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Keputusan pusingan ketiga Piala FA malam tadi berkesudahan PKNP FC menewaskan Kuantan FA 5-4, untuk membolehkan wakil Perak itu mara ke suku akhir.
Pada perlawanan mendebarkan itu, pasukan pelawat yang ketinggalan 4-1 pada separuh masa pertama, bangkit menyamakan kedudukan 4-4 pada minit terakhir perlawanan.
Bagaimanapun, PKNP FC beroleh gol kemenangan di saat akhir sebelum wisel penamat ditiup.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mQ6R2m✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment