PM Najib Ucap Tahniah Kejayaan 11 Subjek IPT Tersenarai QS World Rankings
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada institusi pendidikan tinggi yang berjaya meningkatkan kedudukan 11 subjek ke kelompok 50 teratas dunia dalam senarai ‘QS World University Rankings by Subject 2017’.
“Taraf pendidikan tinggi kita makin meningkat naik, 11 subjek kini dalam 50 teratas di peringkat dunia! Tahniah dan teruskan #SoaringUpwards!,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter @NajibRazak, malam ini.
Pada Rabu lepas, senarai terbaharu ‘QS World University Rankings by Subject 2017’ yang dikeluarkan menunjukkan 11 subjek itu ialah lima dari Universiti Malaya (UM), empat subjek dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan masing-masing satu subjek dari Universiti Taylor dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Subjek Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari UM berada di kedudukan ke-23, iaitu kedudukan paling baik antara kesemua 11 subjek yang tersenarai.
Subjek lain yang turut tersenarai ialah Pengajian Pembangunan (26), Kejuruteraan Mekanikal (33), Kejuruteraan Kimia (38) dan Pendidikan (41) dari UM.
Sementara subjek dari USM ialah Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan (32), Mineral dan Galian (35), Kejuruteraan Kimia (38) dan Sains Alam Sekitar(49); dan masing-masing subjek Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan(29) dari Universiti Taylor serta Pengajian Agama, Teologi dan Diviniti (46) dari UIAM. — Bernama
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrG75Z✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment