Rossa Tak Kisah Bekas Suami Tidur Di Rumahnya
Hiburan
Penyanyi Rossa akui tidak kisah jika bekas suaminya, Yoyo datang menginap di rumahnya semasa dia tiada di rumah.
Menurut Rossa dia dan bekas suaminya yang juga pemain drum band Musikimia itu menjalinkan hubungan baik meskipun mereka sudah berpisah.
“Jika saya tiada di rumah, Yoyo boleh sahaja menginap di rumah saya.
“Saya tiada masalah,” katanya.
Apabila ditanya mengenai teman hidup, penyanyi lagu Aku Bukan Untukmu itu berkata dia hanya menyerahkan jodohnya kepada Allah Maha Esa.
“Doakan sahaja mudah-mudahan Allah berikan jodoh yang terbaik buat saya,” katanya ringkas.
Hasil perkahwinan Rossa dan Yoyo sebelum ini mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Rizky Langit Ramadhan yang kini sudah berusia 11 tahun.
Sumber: Kapan Lagi
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment