Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Isteri Maut Dipanah Petir Ketika Sedang Beriadah Di Taman Permainan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Isteri Maut Dipanah Petir Ketika Sedang Beriadah Di Taman Permainan

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga emas maut disambar petir ketika beriadah di padang permainan di Bandar Puchong Jaya di sini, petang semalam, lapor Berita Harian.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, dilihat tertiarap di atas trek jongging oleh orang awam selepas dipanah petir di padang permainan Jalan Kenari 10.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong berkata, seorang daripada mangsa berdarah di kepala ketika anggota tiba di lokasi kejadian.

“Pembantu perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang tiba lokasi pada jam 7 malam mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di mana mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat”


“Hasil pemeriksaan polis juga menemui kesan serpihan panahan petir pada batu laluan pejalan kaki di lokasi kejadian.”


“Kita mengesan pendarahan di muka mangsa berkemungkinan akibat terjatuh atau terhantuk,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – Siakapkeli.my

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lS0BYx

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.