Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pelaburan dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu rakan berhubung tender membekalkan baju celoreng digital untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Pertahanan, dua tahun lepas.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Shamsuzy Mahazan, 30, dan memerintahkan wanita itu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 25 Feb 2017.

Shamsuzy iaitu Pengarah Tenaga Kayangan Sdn Bhd, telah menipu sehingga mendorong rakannya yang merupakan ahli perniagaan Norhemina Juliana Abd Rashid, 30, menyerahkan wang tunai RM500,000 kepadanya.

Dia melakukan perbuatan itu di Maybank Menara Perkeso, Dang Wangi antara 3 Sept hingga 21 Okt 2015, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, mangsa telah dimaklumkan oleh tertuduh bahawa syarikat miliknya memperoleh kontrak membekalkan baju celoreng digital ATM daripada Kementerian Pertahanan tetapi tidak mempunyai modal yang cukup untuk dibayar kepada kilang memproses pakaian tersebut.

Tertuduh telah menawarkan projek berkenaan kepada mangsa dan berjanji mendapat pulangan sehingga 100 peratus daripada jumlah wang pelaburan bagi setiap helaian baju.

Mangsa berjaya mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dibuat pada peringkat pertama hingga ke-24, dan mangsa kemudiannya membuat bayaran menerusi lima transaksi bermula 3 Sept hingga 21 Okt 2015 bagi pelaburan peringkat ke-25 melibatkan wang sebanyak RM500,000.

Bagaimanapun mangsa tidak memperoleh sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan serta mangsa juga gagal menghubungi tertuduh.

Hasil siasatan mendapati syarikat Tenaga Kayangan Sdn Bhd telah didaftarkan atas nama tertuduh tetapi Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa syarikat berkenaan tidak berdaftar atau mempunyai tender berkaitan pembekalan baju celoreng digital ATM.

Peguam Zulkifli Awang yang mewakili wanita itu memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya yang mempunyai seorang anak berusia lapan tahun adalah penanggung tunggal keluarga, dan ini adalah kesalahan pertamanya selain dia juga telah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran kerana kesalahan menipu merupakan kesalahan serius.

“Tertuduh juga menipu dengan tender baju celoreng digital iaitu satu isu sensitif melibatkan angkatan tentera kerana pakaian itu merupakan pakaian kebanggaan mereka,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2DIQh

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.