Hi! Welcome Back and Stay Tune! TRW Perlu Kekal Momentum Kemenangan Bertemu T-Team - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TRW Perlu Kekal Momentum Kemenangan Bertemu T-Team

Spread the love

KOTA BHARU – Kemenangan 4-2 ke atas Perak pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, Rabu lepas, menjadi pendorong kepada pasukan Kelantan untuk mencatat kemenangan menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV, esok.

Ketua jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail berkata bagi meraih kemenangan pertama di gelanggang sendiri itu, barisan pemain Kelantan yang juga dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) perlu meningkatkan lagi prestasi mereka.

“Saya melihat pemain mula mengubah aksi mereka bagi mengejar kemenangan, dari aspek keserasian, kualiti permainan, komitmen dan tumpuan terhadap perlawanan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zahasmi berkata perlawanan malam esok sudah pasti memberikan tekanan kepada pemainnya memandangkan mereka perlu meraih kemenangan pertama di gelanggang sendiri.

“Kami menghadapi dua tekanan, daripada pasukan lawan dan penyokong yang meletakkan harapan tinggi kepada kami untuk menang di gelanggang sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penyokong terus memberikan sokongan supaya TRW dapat meraih kemenangan pada perlawanan tersebut.

Kelantan kini berada pada kedudukan keenam Liga Super dengan mengumpul sembilan mata selepas enam perlawanan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzOOOx

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.