Peminat Sanggup Bayar RM280 Untuk Jumpa Fattah!
Spread the love
HEBAT sungguh penangan drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot sehingga membuatkan heronya Fattah Amin menjadi overnight sensation!
Meskipun drama itu sudah lama tamat, namun fenomenanya masih dirasai terutama sekali oleh peminat Fattah. Tapi, kalau minat sangat, sanggup tak korbankan beberapa ratus ringgit semata-mata untuk bertemu dengannya?
Nah, ini kami baru mendapat berita bahawa Fattah Amin bakal terbang ke Kuching, Sarawak untuk sesi meet & greet bersama para peminatnya:
Perjumpaan eksklusif Fattah bersama-sama oara peminatnya di Sarawak itu dibawakan khas oleh Olicandy yang merupakan produk suplemen kecantikan yang mengambil Fattah sebagai dutanya.
Apa yang buat biji mata kami terbeliak tu adalah harga tiket yang dijual pada malam itu semata-mata mahu berjumpa dengan Fattah, iaitu RM180 untuk tiket biasa dan RM280 untuk tiket premium!
Bagaimanapun, kami telah mendapatkan salah seorang contact person yang tertera pada poster di atas untuk pertanyaan lanjut mengenai apa yang istimewa sangat tiket kelas premium itu, namun katanya acara tersebut telah diinjakkan ke tarikh lain pula.
Menurut @nars_fasarawak, pihak Olicandy yang telah membatalkan perjumpaan itu sehinggalah tarikh yang bakal diumumkan kemudian, namun tidak pula diberitahu sebabnya apa.
Kami pasti Fattah mempunyai peminat yang ramai di Sarawak kerana penganjur mengadakan sesi meet & greet dengan harga yang mahal kerana mereka tahu aada yang sanggup membayar ratusan ringgit hanya untuk bersua mata aktor kacak itu.
Kalau anda pula, sanggup ke keluarkan duit banyak tu demi Fattah Amin?
Mungkin lepas ni Fattah dah boleh muat naik tweet seakan-akan berbunyi begini: “Dulu aku kena bayar tengok artis, sekarang orang bayar mahal nak tengok aku. Hahaha…kelakar kan!” – MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment