Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertama kali juri MLM, Neelofa tidak mahu ‘lawak bodoh’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertama kali juri MLM, Neelofa tidak mahu ‘lawak bodoh’

UALA LUMPUR, 3 Mac — Selepas dua minggu menjadi juri dalam program realiti Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Neelofa mengakui tertarik dengan kumpulan yang membuat lawak bijak.

“Dari segi penjurian, saya ada tanda aras saya. Dari mula persembahan, saya tulis berapa [markah] saya bagi untuk setiap kumpulan yang membuat persembahan.

“Saya punyai cara saya untuk memberi markah. Apa saya hendak ialah lawak yang tidak perlu menjatuhkan maruah atau memperbodohkan diri sendiri.

“Hendak lawak ‘membahan’ boleh cuma tidaklah membahan selalu,” katanya mengulas rancangan yang diacarakan Datuk AC Mizal.

Enggan dilihat pilih kasih dalam penjurian, Neelofa mahu jujur dalam setiap komen yang diberikan kepada peserta selepas persembahan.

“Bila kita sudah tetapkan dalam kepala untuk menilai persembahan, saya tiada masalah.

“Saya sentiasa berikan komen jujur mengenai lawak mereka. Saya tidak pilih kasih dan saya mahu adil kepada mereka,” kata pelakon filem Pilot Cafe. 

MLM 2017 terbitan Astro merupakan pertandingan lawak yang menampilkan 15 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Dianjurkan tujuh tahun berturut-turut, Neelofa berasa bangga pertama kali dipilih menjadi juri program yang ke udara setiap Jumaat itu.

“Lawak makin matang. Kebanyakan mereka sekarang lebih bijak.

“Itu membuatkan saya bangga untuk berada di kerusi juri dan menonton persembahan mereka.

Ditayangkan secara langsung 10 malam di saluran Astro Warna, peserta yang bertanding merebut hadiah wang tunai RM500,000.

Seperti musim sebelumnya, MLM 2017 menampilkan peserta solo iaitu Danial dan Mad Sabah. Begitu juga Dzawin, peserta dari Indonesia yang menonjolkan isu keagamaan.

Minggu lalu, kumpulan Hobbit dan Mamu disingkirkan selepas mendapat undian terendah daripada penonton.

 

Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE

The post Pertama kali juri MLM, Neelofa tidak mahu ‘lawak bodoh’ appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mkXhVh

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.